DSpace

Malaysian Agriculture Repository >
Institute >
Publications >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://agris.upm.edu.my:8080/dspace/handle/0/8738

Title: Potensi penanaman integrasi Tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan kelapa sawit dengan sistem tanaman dua baris kembar
Authors: Raja Zulkifli R O.
Norkaspi K.
Suboh I.
Wahid O.
Issue Date: 2009
Publisher: Forest Research Institute Malaysia
Citation: Herbal Globalisation: A New Paradigm for Malaysian Herbal Industry : Proceedings of the Seminar on Medicinal and Aromatic Plants (MAPS 2008): Kuala Lumpur (Malaysia), 21-22 Oct, 2008, p. 218-226
Abstract: Tanaman Tongkat ali (Eurycama langi/olia) sudah lama dikenali sebagai tanaman yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Nilai komersilnya semakin meningkat apabila didapati berupaya melancarkan pengaliran darah,mampu melawan dan membunuh sel kanser, kesan penggalak seks (aphrodisiac) kaum lelaki dan mampu merawat pelbagai penyakit seperti pening kepala, luka-luka,kurap,antimalaria dan antiradang. Kepelbagaian penggunaannya dalam perubatan menjadikan permintaan bahan mentah Tongkat ali untuk proses juga turut meningkat dari semasa ke semasa. Purata permintaan bahan mentah Tongkat ali untuk ubatan ialah 476,339 kg/tahun. Sebahagian besar bekalan bahan mentah ini didapati daripada sumber semulajadi. Pergantungan kepada sumber bekalan herba Tongkat ali liar seeara berterusan telah menyebabkan bekalan dan kualitinya semakin berkurangan. Penanaman Tongkat ali seeara integrasi bersama tanaman sawit merupakan kaedah yang mampu menjamin kualiti dan bekalan bahan mentah yang berterusan. Kaedah integrasi ini di samping dapat meningkatkan penggunaan tanah, juga memberi pendapatan sampingan kepada penanam sawit. Integrasi Tongkat ali di kawasan sawit menggunakan sistern dua baris kembar memberikan kepadatan pokok Tongkat ali sebanyak 1010 pokok/hektar. Pada keseluruhannya, tanaman Tongkat ali sesuai ditanam di kawasan sawit. Pada umur 4 tahun selepas penanaman, purata tinggi pokok,diameter pangkal batang (20 cm dari permukaan tanah), berat akar basah dan kering masing-masing ialah 5.5 m, 7.4 cm, 1588 g/pokok dan 660 g/pokok. Keputusan ujian hasil ekstrak adalah 0.227 kg dari jumlah keseluruhan 5.0 kg berat kering akar racik (4.5% dari bahan kering) dan analisa seeara HPLC (High Performance Liquid Chromatography) menunjukkan purata kandungan ekstrak dalam akar adalah 163.1 flg/ml euryeomanone melepasi nilai piawaian ekstrak 101.9 ug/ml berdasarkan ujian makmal bagi pokok Tongkat ali yang berumur 4 tahun selepas penanaman.
License: http://www.oceandocs.org/license
URI: http://agris.upm.edu.my:8080/dspace/handle/0/8738
ISBN: 978-967-5221-26-2
Appears in Collections:Publications

Files in This Item:

There are no files associated with this item.

Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.

 

© 2013 Developed by Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat. Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Universiti Putra Malaysia.